so tadi saya bukak laa semua menda yang result keluar harini, first, UniKL.
Alhamdulillah, dapat offer Diploma in Animation. Saya macam takmau amik lagi sebab nak tunggu architecture, tapi.. dateline dia 26 April, so takleh nak lengah2..
Animation, hmm tu macam pilihan kedua la lepas architcture. Frankly speaking, I prefer architecture more. Tapi kita tak tahu kan rezeki kita kat mana.. takleh nak duga.
So lepas usha facebook, orang tengah kalut check ipma pulak. So saya pon join la sekaki... check and ahamdulliah, dapat ke interview untuk........Pilihan satu ? Okeeyy saya tak ingat langsung apa yang saya amek sebagai pilihan satu .
Hari kejadian ;
"Aaaaaaaaaaaaaaaaahhh!!! lagi satu A jeaaa! Nak apply ke Koreaa!!! T_T" frustated. Lepas messy kan rambut and tenang kan diri, terus jea isi mana yang layak. tak ingat pulak yang mana satu letak kat pilihan satu.. hmmm... so macamna? Selongkar semua document kat lappy saya, lappy mak, tak jumpa.
Search kat internet pon tak jumpa. Habes macamana ? Takkan nak ke inteview tapi tak tahu course apa yang ditawarkan?
Serabut betul otak. Time tu jugaklaa banyak orang yang bertanya itu dan ini.Dekat chatbox adala dalam lima orang, kat inbox Ellow pon ada dua tiga orang. aaahh serabut nyaaaa kepala!
Dilema la jugak. Tak lama lepas tu, ada member bagitau,
"eh hg ada simpan tak yang dia sruh save haritu?" . memang laa tapi taktahu dimana letakknya. Tiba-tiba terlintas difikiranku (chewah) COMPUTER! .. haaa haritu apply dekat computer, check2 memang adaaa! :D
OYEAAAAH! menjerit kuat tengah-tengah malam tu, hehe maaf ya jiran-jiran sekalian. Tak boleh control. ^^
So, course nya adalah, Animation&Visual Effect dekat University Multimedia Cyberjaya Melaka. So interview tu untuk dapatkan pinjaman MARA (ex-bapa, lol ㅋㅋㅋ) . Adakah selepas dapat 3.5 akan dianngap biasiwa ? Itu kena tanya time inteview nanti lah kot..
So setakat ni... animation jea yang datang memeluk daku (eceeh) , mana architecture yang ku tunggu-tunggu ? Yang ku rindui ?
(Bueeeeeeeeek ayat nak termuntah. maaf~)
okay back to the story,
Result UPU keluar bila ya? Ada laa dengar ceta yang kalo amik pon UniKL , UPU punya tawaran tak block ..apakah ianya benar?? ..Entah kenapa hari ni asyik nak berpuitis jea, hehe
Call my cousin, dia lepasan UniKL, engineering yang sekarang ni kerja nak amik pengalaman kat Johor. So dia cakap macamni ,
Kalau Diploma, sijil diploma tu boleh amik keja. Tapi kalau foundation, nak taknak kena laa sambung degree, sebab sijil foundation tu takleh mintak keja. UniKL diploma, and yang MMU tadi tu, foundation+ degree 4tahun.
So I decide amik jea dulu UniKL and pegi jea interview tu. Mana tahukan, rezeki..
But the thing is, dua-dua offer Animation. Tapi matlamat sebenar saya nak capai Ar. Aina ! Apakah ianya sudah terbang melayang ke angkasa sana ? Eheem ;p
Ermm. Macamana eh kalau lah saya dapay offer architecture, so... patut saya amik tak eh ?! ><''
Intake UniKL Jun, haiihh. entahlaaa. Serabut kepala .
Cakap pasal architecture ni, emak saya tu asyik cakap yang saya ni terlampau feminin untuk architecture ? Hanya sebab adik perempuan dia yang boyish itu pon amik architecture, sekaranf tengah kerja kat KL tu haa. haihhh. Makcik saya tu pon, asyik cakap yang architecture ni susah aja, sealu aja nak patahkan semangat saya yang membara ni..
Bila saya dapat offer animation, emak saya cakap macamni tau,
"Hmmm... animation sesuai dengan akak yang ceria" ... apakah ?
Cakap aja la yang dia suka offer tuu haha, .. saya.. emm animation saya suka ajea tapiii.. architecture.. aahhh!
| Animation ..? |
| Architecture!!!!!!! <3 |



2 comments:
ahh.. mak aq len plak dia kata, animation xleh nak sara hidop di masa depan?? huh ?? == hard to understand her...
@TraH BeaR tapi kalo kita pandai cari duit boleh jea sara :) kat unikl nanti bukan semata-mata ajar animation jea, ada photography, art, business, mcm2 ah ! ^_^
Highlight: Bisness. Sekarang ni kan zaman IT, kita boleh jea offer perkhidmatan kita kat tenet, contoh nak buat greeting ka, animation utk blog ka.. apa2 jea bkaitan animation ^^, .kan dah belajar bisnes.
kalau tak yakin, smbung la yg pengajaran, jadi cg multimedia. Gaji stabil ^^.
Kesimpulan, kalau nak. suma menda leh dapat, usaha jea! yeyeh .
Post a Comment